Monday, June 21, 2004

Memadam dengan Kapur, Menulis dengan Pemadam

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini negara mungkin digegarkan dan dikejutkan dengan berita '13,000 gadis Kelantan jadi GRO di Lembah Klang'...bagi saya ia memang memeranjatkan..apatahlagi saya adalah anak jati Kelantan.

Sememangnya apabila membacanya secara sepintas lalu akan terbayang keburukan rakyat Kelantan atau Kerajaan Negeri Kelantan dan terbayang betapa di sememangnya di Kelantan tiada peluang pekerjaan yang luas.

Tetapi setelah berfikir dan membaca 2 kali...akan tergambar perkara yang sebenarnya berlaku...

Tindakan Penasihat Majlis Belia Kelantan (MBK), Mustapa Yaacob yang mengumumkan tanpa hujah dan kertas kajian yang sahih tentang kebanjiran ini umpama menulis sesuatu dengan pemadam dan memadam apa yang ada dengan kapur.

Tindakan ini yang dipercayai untuk memalukan Kerajaan Kelantan sebenarnya telah mendedahkan beberapa benda yang memalukan Lembah Kelang sendiri.

Pertamanya,
Peluang rakyat untuk menjadi GRO terbuka luas di Lembah Kelang.Jika kita andaikan setiap kelab malam menggunakan 10 gadis kelantan untuk khidmat mereka, ini bermakna terdapat 1300 sarang maksiat di Lembah Kelang.Betapa suburnya kegiatan maksiat di Ibu Kota Negara Islam Hadhari.Jikalau setiap pusat maksiat memerlukan 50 meter persegi untuk bangunannya, bermakna lebih 1/4 dari Lembah Kelang telah dijadikan sarang maksiat.

Keduanya,
Kerajaan dan pihak berkuasa tidak dapat menangani gejala-gejala maksiat ini disebabkan polisi-polisi yang tidak menitik beratkan keimanan dan agama dalam mentadbir.Kalau dibandingkan dengan Kelantan sendiri, Kelantan lebih terkedepan dalam menangani maksiat dengan menutup dan mengharamkan lesen kelab-kelab malam untuk mengelakkan maksiat berleluasa di negeri Serambi Mekah.

Ketiga,
Kebanggaan bahawa negeri selain Kelantan terutamanya lembah Kelang menyediakan peluang pekerjaan bersih adalah omongan kosong sahaja.Ini kerana jika betul peluang pekerjaan bersih tersedia dengan banyaknya disana, maka gadis dari Kelantan tidak perlu menjadi GRO untuk menampung hidup mereka.Ini bermakna kenyataan kerajaan selain negeri Kelantan bahawa terdapat peluang pekerjaan yang luas amatlah tidak betul.

Keempat,
Jika benar gadis yang 13,000 adalah yang seronok dengan kerja mereka sebagai GRO, maka mereka tidak diperlukan di Negeri Kelantan, dan pergilah mereka ke tempat yang mereka boleh berseronok-seronok dengan kerja haram itu.Kami yang cintakan agama tidak rela mereka kembali ke tanah Serambi Mekah ini.Umpama perjanjian Hudaybiah yang dimeterai oleh Rasulullah dengan Quraisy.Sesiapa dari kalangan Quraisy yang datang tanpa izin walinya hendaklah dihantar pulang...Sesiapa yang datang dari luar Kelantan untuk menimba ilmu atau hidup dalam suasana keredhaan maka kami alu-alukan.Dan mana-mana yang datang dari Muhammad kepad pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan...mana-mana rakyat Kelantan yang keluar dari negeri untuk mencari maksiat dan kerosakan maka mereka tidak diperlukan di sini!!

Umpama memadam dengan Kapur...mereka cuba menutup kelemahan mereka tetapi sebenarnya mereka lebih menampakkan kesan.Mereka cuba melempar fitnah keburukan orang lain, umpama menulis dengan pemadam...tidak langsung meninggalkan kesan untuk pihak yang benar...

wallahu a'lam

Friday, June 11, 2004

Apa sudah jadi???

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya ingin membawa saudara-saudari kepada apa yang berlaku di sekitar Persidangan Parlimen yang sedang berlangsung...

Pertamanya mengenai Islam Hadhari...

Saya di'peningkan' dengan kenyataan daripada YB Zaid Ibrahim,MP Kota Bharu yang mendakwa Malaysia sebuah negara sekular seperti termaktub dalam perlembagaan dan tidak pernah berubah menjadi negara dalam konsep lain.Sedangkan sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahpun mengisytiharkan bahawa Negara kita akan ditadbir mengikut prinsip Islam Hadhari, dan PM sebelum itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad juga telah mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

Disini kita dapat lihat betapa bercelarunya pemimpin negara dalam menentukan Hala tuju Negara.Adakah Malaysia tetap dengan sistem sekular??Bagaimana pula penerapan Islam Hadhari??Betulkah Islam Hadhari itu adalah selari dengan apa yang dituntut oleh Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW??

Adalah amat menyedihkan jika Islam Hadhari yang diperkenalkan itu hanyalah pada kertas kerja dan pengumuman sahaja, tanpa gerakerja dan penerapan yang menyeluruh.Sungguh amat malang jika Islam hadhari yang diuar-uarkan itu adalah bererti membuka seluas-luasnya ruang maksiat seperti judi, hiburan yang melalaikan, membiarkan muda-mudi Islam berpesta arak.Sungguh tidak masuk aqal apabila Islam Hadhari itu masih tidak menerima keseluruhan daripada syariat Allah SWT apatah lagi mencabar hukum Tuhan di mahkamah manusia.Atau adakah begitu yang dikatakan 'Islam Hadhari'???

Keduanya mengenai amar makruf dan nahi munkar

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan loteri untuk membantu sukan negara kerana tidak mahu PAS menang dalam pilihan raya akan datang.

Adakah ini sikap seorang muslimah?Bukankah nahi munkar itu tanggungjawab semua, apatah lagi sebagai kerajaan yang memerintah sepatutnya menjaga rakyat daripada melanggar perintah Allah.Kenyataan ini seolah-olah Kerajaan bukan bersungguh dalam menangani munkar, melarang kemungkaran hanyalah kerana tidak mahu kehilangan kuasa...bukan kerana keinsafan tanggungjawab yang diperintahkan Allah.Amat sedih jika perasaan begini melanda kalangan umat Islam terutama pemimpin-pemimpinnya.Jika inilah dasar kerajaan, maka kita tidak hairan jika pelaksanaan Islam hanya berjalan sekerat-sekerat dan hanya berlegar pada benda yang menguntungkan kerajaan.

Ketiganya mengenai Lim Kit Siang

Kita seharusnya sensitif dengan cabaran dan ingatan daripada Ketua Pembangkang baru, nampaknya bukan setakat UMNO atau PAS yang dicabar tetapi konsep negara Islam itupun telah dicabar.Jika kita fikirkan secara mendalam, maknanya selama BN memerintah sampai kehari ini, kerajaan masih tidak berjaya untuk memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang dapat diterima oleh semua kaum dan agama.Sedangkan ajaran Islam yang sebenar itu adalah cara hidup yang boleh diterima oleh semua aqal manusia yang normal.Ajaran Islam yg sesuai untuk semua kaum , tempat dan zaman itu gagal diperkenalkan oleh kerajaan kepada masyarakat bukan Islam di negara kita.Lim Kit Siang mempertikaikan penerapan Islam Hadhari oleh BN..itu baru Islam hadhari yang belum tentu lagi betulnya...apatah lagi Islam yang selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

wallahu a'lam