Wednesday, January 31, 2007

31 Januari 07 ( Rabu )

7.00 a.m :
Aku hanya melihat isteriku pergi ke sekolahnya dengan motor yang baru aku baiki semalam. dengan penuh harapan janganlaa hari ni ada apa apa yang meragam.

8.00 a.m :
Ustaz Idris menghubungi aku supaya aku keluarkan dulu duit Halaqat sebanyak RM500 sebagai modal awal untuk program Kem Penghayatan Solat.

9.00 a.m :
Dengan azam yang tinggi aku menggagahi menaiki tangga ke tempat derma darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Sekali lagi aku menggantungkan pengharapan hanya pada Allah agar kedatangan aku kali ini tidak sia-sia

Al-hamdulillah.. aku di terima, cuma aku diminta mengisi perut dulu sebelum menderma. Berkenalan dengan seorang Cina Muslim, Hasnul berasal dari Penang, daripada buku derma darahnya aku lihat hari ni dah kali ke 106 dia menderma. Terkejut aku, biar betul!!!

Bila dia expalain bahawa sekarang dah ada satu sistem baru dalam derma darah, aku lupa namanya apa, tapi cara ni dia hanya ambil darah kuning ( plasma ) dan paletelate sahaja, darah merag akan dimasukkan balik ke dalam tubuh. Menjadikan kita boleh menderma darah sekerap 2 kali sebulan. Masha Allah, aku baru tahu... besarnya keagunganMu yang Allah..

10.30 a.m :
Hantar kereta ke kedai Lan. Dia tak ada, serahkan kepada anak buahnya.

Aku menerima kunjungan Bajili, datang bertanyakan tentang mengisi borang minta sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Aku cakap setakat aku tahu dan ajak dia minum.

Zohor :
Menjalankan tugasan macam biasa.

Makan tengah hari di Maras.

3.00 :
Ustazah Wan Asiah telefon aku minta aku ganti dia ceramah Hijrah kepada Muslimat Kampung Dusun, lepas Asar. Aku setuju.

Asar :
Di Dewan Khaidir Khatib. Semasa solat telefon asyik berbunyi, aku ingatkan Muslimat kampung Dusun sebab janji pukul 5. Lepas Solat bila cek missed call, Nombor isteri aku yang tertera. Bila baca mesej " ABE MUTO PUNOH"

Berkejar aku pergi mengambilnya dekat JPJ Panji. dan terus ke tempat ceramah. aku lewat setengah jam. Dah ramai pun Muslimat menunggu.

7.00 :
Sampai ke rumah, tubuh aku letih, fikirkan kuliah malam ni di Masjid Cherang, Usrah Pemuda Negeri di PUTIK dan Usrah MTD Tanjong Mas di Surau Al-Mukminiin.

I'm Back!!!

Assalamualaikum wrh wbh

Aku kembali dalam blog ini.. tapi hanya untuk melakarkan riwayat hidupku untuk menjadi kenangan dalam diriku..

Semoga Allah menguatkan hatiku untuk menulis dan dapat aku abadikan segala isi hatiku dalam ruangan ini..

Wassalam

I'm Back!!!

Assalamualaikum wrh wbh

Aku kembali dalam blog ini.. tapi hanya untuk melakarkan riwayat hidupku untuk menjadi kenangan dalam diriku..

Semoga Allah menguatkan hatiku untuk menulis dan dapat aku abadikan segala isi hatiku dalam ruangan ini..

Wassalam

Saturday, September 11, 2004

Kelantan Dikenang

Assalamualaikum warahmatullah,

Agak lama saya tidak menulis kerana sebab-sebab tertentu yang menghalang, namun kerana minat untuk menulis agak tebal walaupun bermusim, saya teruskan di Area Hijau ini.Menjadi tetamu kepada tuan punya blogger membuatkan saya lebih bersungguh untuk menulis.

Bukan kerana sifat 'Kelantan'gan yang menebal membuatkan saya bercerita tentang Kelantan, tetapi kerana Kelantan merupakan negeri yang unik dan maju kehadapan.

Saya berpeluang untuk balik bercuti ke Kelantan pada Ogos yang lepas, seperti sebelum ini Kelantan terus maju di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.Semoga Allah memberi kesihatan untuk beliau terus bersama kita.Setiap kali saya pulang ke Kelantan maka ada sahaja benda baru yang dapat saya lihat terutamanya infrastrukturnya.Projek Stesen Bas di Wakaf Siku umpamanya adalah yang terbesar pada masa ini di Bandar Kota Bharu.Mungkin ada lagi projek lain yang tidak sempat saya menjenguk.

Apa yang menarik pada pendapat saya adalah disamping pembangunan infrastruktur, kerajaan Kelantan juga menitik berat tentang pembangunan kesihatan warga bandar dan juga yang paling penting pembangunan rohani.

Saya berkesempatan untuk berjalan-jalan di Taman Perbandaran Tengku Anis yang baru disiapkan, ia merupakan satu tempat untuk beriadhah yang terbaik di KB dan peluang ini diambil oleh warga bandar termasuk pakcik-makcik untuk beriadhah.Dan yang paling mengkagumkan saya adalah pakcik-makcik ini adalah mereka yang kebanyakannya ahli masjid!!!Mereka yang berfikiran positif tentang kesihatan mereka, akan beriadhah ringan umpamanya berjalan kaki di sekitar taman selepas menunaikan solat subuh di masjid.Sungguh cantik, mereka menunaikan tuntutan rohani dan juga tuntutan jasmani.

Saya juga sempat berkunjung ke Kedai Jaafar Rawas bahagian buku-buku, sememangnya saya akan berkunjung ke situ setiap kali pulang ke KB untuk mendapatkan buku-buku menarik.Bahagian buku-buku di sini menjual buku-buku agama Islam yang terdapat dengan banyaknya.Saya gembira kerana yang datang ke kedai ini semasa saya membelek beberapa buku adalah dari kalangan muda...rupanya pemuda Kelantan minat membaca khususnya bahan bacaan agama.Saya yakin jika adat berpahala ini diteruskan maka Kelantan akan tetap terus digelar Serambi Mekah.

Nah!Saya serahkan masa depannya kepada rakan-rakan anak-anak Kelantan sendiri untuk menentukan.Kearah mana hendak dibawa kesejahteraan warga Kelantan Darul Naim.

wallahu a'lam

Monday, June 21, 2004

Memadam dengan Kapur, Menulis dengan Pemadam

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini negara mungkin digegarkan dan dikejutkan dengan berita '13,000 gadis Kelantan jadi GRO di Lembah Klang'...bagi saya ia memang memeranjatkan..apatahlagi saya adalah anak jati Kelantan.

Sememangnya apabila membacanya secara sepintas lalu akan terbayang keburukan rakyat Kelantan atau Kerajaan Negeri Kelantan dan terbayang betapa di sememangnya di Kelantan tiada peluang pekerjaan yang luas.

Tetapi setelah berfikir dan membaca 2 kali...akan tergambar perkara yang sebenarnya berlaku...

Tindakan Penasihat Majlis Belia Kelantan (MBK), Mustapa Yaacob yang mengumumkan tanpa hujah dan kertas kajian yang sahih tentang kebanjiran ini umpama menulis sesuatu dengan pemadam dan memadam apa yang ada dengan kapur.

Tindakan ini yang dipercayai untuk memalukan Kerajaan Kelantan sebenarnya telah mendedahkan beberapa benda yang memalukan Lembah Kelang sendiri.

Pertamanya,
Peluang rakyat untuk menjadi GRO terbuka luas di Lembah Kelang.Jika kita andaikan setiap kelab malam menggunakan 10 gadis kelantan untuk khidmat mereka, ini bermakna terdapat 1300 sarang maksiat di Lembah Kelang.Betapa suburnya kegiatan maksiat di Ibu Kota Negara Islam Hadhari.Jikalau setiap pusat maksiat memerlukan 50 meter persegi untuk bangunannya, bermakna lebih 1/4 dari Lembah Kelang telah dijadikan sarang maksiat.

Keduanya,
Kerajaan dan pihak berkuasa tidak dapat menangani gejala-gejala maksiat ini disebabkan polisi-polisi yang tidak menitik beratkan keimanan dan agama dalam mentadbir.Kalau dibandingkan dengan Kelantan sendiri, Kelantan lebih terkedepan dalam menangani maksiat dengan menutup dan mengharamkan lesen kelab-kelab malam untuk mengelakkan maksiat berleluasa di negeri Serambi Mekah.

Ketiga,
Kebanggaan bahawa negeri selain Kelantan terutamanya lembah Kelang menyediakan peluang pekerjaan bersih adalah omongan kosong sahaja.Ini kerana jika betul peluang pekerjaan bersih tersedia dengan banyaknya disana, maka gadis dari Kelantan tidak perlu menjadi GRO untuk menampung hidup mereka.Ini bermakna kenyataan kerajaan selain negeri Kelantan bahawa terdapat peluang pekerjaan yang luas amatlah tidak betul.

Keempat,
Jika benar gadis yang 13,000 adalah yang seronok dengan kerja mereka sebagai GRO, maka mereka tidak diperlukan di Negeri Kelantan, dan pergilah mereka ke tempat yang mereka boleh berseronok-seronok dengan kerja haram itu.Kami yang cintakan agama tidak rela mereka kembali ke tanah Serambi Mekah ini.Umpama perjanjian Hudaybiah yang dimeterai oleh Rasulullah dengan Quraisy.Sesiapa dari kalangan Quraisy yang datang tanpa izin walinya hendaklah dihantar pulang...Sesiapa yang datang dari luar Kelantan untuk menimba ilmu atau hidup dalam suasana keredhaan maka kami alu-alukan.Dan mana-mana yang datang dari Muhammad kepad pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan...mana-mana rakyat Kelantan yang keluar dari negeri untuk mencari maksiat dan kerosakan maka mereka tidak diperlukan di sini!!

Umpama memadam dengan Kapur...mereka cuba menutup kelemahan mereka tetapi sebenarnya mereka lebih menampakkan kesan.Mereka cuba melempar fitnah keburukan orang lain, umpama menulis dengan pemadam...tidak langsung meninggalkan kesan untuk pihak yang benar...

wallahu a'lam

Friday, June 11, 2004

Apa sudah jadi???

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya ingin membawa saudara-saudari kepada apa yang berlaku di sekitar Persidangan Parlimen yang sedang berlangsung...

Pertamanya mengenai Islam Hadhari...

Saya di'peningkan' dengan kenyataan daripada YB Zaid Ibrahim,MP Kota Bharu yang mendakwa Malaysia sebuah negara sekular seperti termaktub dalam perlembagaan dan tidak pernah berubah menjadi negara dalam konsep lain.Sedangkan sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahpun mengisytiharkan bahawa Negara kita akan ditadbir mengikut prinsip Islam Hadhari, dan PM sebelum itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad juga telah mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

Disini kita dapat lihat betapa bercelarunya pemimpin negara dalam menentukan Hala tuju Negara.Adakah Malaysia tetap dengan sistem sekular??Bagaimana pula penerapan Islam Hadhari??Betulkah Islam Hadhari itu adalah selari dengan apa yang dituntut oleh Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW??

Adalah amat menyedihkan jika Islam Hadhari yang diperkenalkan itu hanyalah pada kertas kerja dan pengumuman sahaja, tanpa gerakerja dan penerapan yang menyeluruh.Sungguh amat malang jika Islam hadhari yang diuar-uarkan itu adalah bererti membuka seluas-luasnya ruang maksiat seperti judi, hiburan yang melalaikan, membiarkan muda-mudi Islam berpesta arak.Sungguh tidak masuk aqal apabila Islam Hadhari itu masih tidak menerima keseluruhan daripada syariat Allah SWT apatah lagi mencabar hukum Tuhan di mahkamah manusia.Atau adakah begitu yang dikatakan 'Islam Hadhari'???

Keduanya mengenai amar makruf dan nahi munkar

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan loteri untuk membantu sukan negara kerana tidak mahu PAS menang dalam pilihan raya akan datang.

Adakah ini sikap seorang muslimah?Bukankah nahi munkar itu tanggungjawab semua, apatah lagi sebagai kerajaan yang memerintah sepatutnya menjaga rakyat daripada melanggar perintah Allah.Kenyataan ini seolah-olah Kerajaan bukan bersungguh dalam menangani munkar, melarang kemungkaran hanyalah kerana tidak mahu kehilangan kuasa...bukan kerana keinsafan tanggungjawab yang diperintahkan Allah.Amat sedih jika perasaan begini melanda kalangan umat Islam terutama pemimpin-pemimpinnya.Jika inilah dasar kerajaan, maka kita tidak hairan jika pelaksanaan Islam hanya berjalan sekerat-sekerat dan hanya berlegar pada benda yang menguntungkan kerajaan.

Ketiganya mengenai Lim Kit Siang

Kita seharusnya sensitif dengan cabaran dan ingatan daripada Ketua Pembangkang baru, nampaknya bukan setakat UMNO atau PAS yang dicabar tetapi konsep negara Islam itupun telah dicabar.Jika kita fikirkan secara mendalam, maknanya selama BN memerintah sampai kehari ini, kerajaan masih tidak berjaya untuk memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang dapat diterima oleh semua kaum dan agama.Sedangkan ajaran Islam yang sebenar itu adalah cara hidup yang boleh diterima oleh semua aqal manusia yang normal.Ajaran Islam yg sesuai untuk semua kaum , tempat dan zaman itu gagal diperkenalkan oleh kerajaan kepada masyarakat bukan Islam di negara kita.Lim Kit Siang mempertikaikan penerapan Islam Hadhari oleh BN..itu baru Islam hadhari yang belum tentu lagi betulnya...apatah lagi Islam yang selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

wallahu a'lam

Friday, April 23, 2004

Salam

Assalamualaikum

Apa ana nak kata dan tulis pun tak tahulaaa.. terasa malu jugak pada ******.. dulu ana beria ria benar nak bukak benda alah ni.. tapi sekarang.. tergendala dengan segendala gendalanya... ish ish ish..

tunggu laaa dulu.. nanti senang.. ana up date..

Friday, March 05, 2004

Entah Jadi Entah Tidak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala Puji bagi ALlah Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, serta keluarga serta sahabat baginda.

Teringat Hadis Nabi yang menyebut, maksudnya, sesuatu kerja yang besar itu jika tidak dimulai dengan Nama Allah, kurang berkatnya. Ada juga riwayat lain mengatakan dengan AlHamdulillah..

Walau bagaimanapun.. Ana mula dengan kedua duanya kerana mengambil pendapat ulamak yang mengatakan mula dengan nama Allah ialah Ibtidaai Haqiqi dan Dengan AlHamdulillah ialah Ibtidai Tafsili..

Adalah kerja besar ana buat ni??? Nak kena jawab jugak ni.. nanti budak budak tanya... budak budak kat sini bukan biasa dengan benda benda macam ni.. kita buat pelik-pelik sikit.. kalut dema nak i'tirad.

Bagi ana.. Insha Allah ianya benda besar dan dikira sebagai salah satu usaha utk berdakwah di Jalan Allah S.W.T. Biarpun uslub begini di kira baru dan kesannya tidak sebagaimana kita terjun ke Medan di luar sana, namun paling tidak ana ada usaha biarpun ia satu usaha kecil.. Usaha kecil dalam medan dakwah yang besar.. di kira besar jugak.. tak gitu??

Cukup dulu first post.. Entah Jadi Entah Tidak.... Sebelum berundur..Terima kasih dan sekalung budi buat Al Akh ****** dari **** Zone yang membantu ana buka blogspot ni.. tanpa anta.. ana nak daftar pun tak pandai.. hehehe..

Area Hijau bukan niat nak lawan **** zone... nama ini terlintas begitu saja di kotak fikiran bila di minta masa nakbuat tadi.. apa ada pada nama.. dan apa ada pada warna.. kan? Tapi kekadang warna dan nama ni memainkan peranan yang amat besar jugak.. nanti laa ana bercerita lain kali....
Wassalam